Saturday, November 28, 2009

keindahan hidup...keabadian akhirat...



Keindahan hidup…keabadian akhirat…


Sesungguhnya hati ini telah tersentuh…
Sesungguhnya jiwa ini telah terluluh…
Mata ini telah menyaksikan..
Fikiran ini telah menafsirkan,,


Betapa agungnya kekuasaan MU..
Betapa mulianya kedudukan MU..


Telah kusaksikan keazaman dan keinginan
Hamba mu yang kurang akal nya..
Hamba mu yang kurang fikirannya..
Untuk sujud menyembah MU…
Untuk menuntut keredhaan MU…


Telah kusaksikan kekuatan dan kesetiaan
Hamba mu ingin menjadi tetamu MU…
Hamba mu ingin perhatian MU…


Dia hanyalah seorang yang cacat fikiran.
Dia hanyalah seorang yang cacat akal.
Tetapi dia setia menyembah MU..
Tetapi dia setia mentaati MU..
Tidak sekali mengingkari MU..
Tidak sekali menderhakai MU..


Tetapi….


Mengapa kita yang
Sempurna akal..
Sempurna fikiran..
Sempurna fizikal..
Sempurna segalanya..
Sering leka dan alpa
Dalam mentaati MU,,


Sering lupa dan endah
Dalam menyembah MU..


Sering sengaja dan sahaja
Dalam mengingkari MU..


Ya Allah..
Ampuni lah dosaku…
Ya Allah..
Redhai lah daku…
Ya Allah..
Senangilah aku..
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah s.w.t….


..d-_-b..aLaN..


p/s ; madah ini telah tercetus dari nukilan hatiku yang tersentuh dengan menyaksikan kesetiaan seorang yang “sindrom down” dalam mencari keredhaan Allah s.w.t..dan kesungguhannya dalam mentaati Allah….mengapa tidak kita yang sempurna ini mencontohinya…

Sunday, November 15, 2009

MaLaM inI....



malam….
Malam ini mataku
Tiadanya lelap…
Malam ini fikiranku
Tiadanya tenang…
Malam ini jiwaku
Tiadanya senang..


Malam…
Malam ini
Tiadanya erti..
Malam ini
Hanyalah sepi..
Malam ini
Ku ingin ditemani..
Malam ini
Ku terlalu sunyi..


Malam…
Mengapa ku begini…
Mengapa ku rasakan ini…
Mengapa ku terlalu rindukan..
Mengapa ku terlalu perlukan…
Erti sahabat….
d-_-b aLaN..
15/11/09
03.03am


lama sudah ku menyepi.....kini ku kembali..

15/11/09……..1.32am

Persahabatan…..
Sesuatu yang bermula..
Pasti berakhir…
Sesuatu yang berakhir…
X semestinya musnah…


Pengakhiran bukanlah
Penamat….
Pengakhiran hanyalah
Sesuatu yang pasti
Menjadi ingatan dan kenangan…


Permulaan dari sesuatu
Pengakhiran adalah
Indah…
Kerana kita dapat
Memulakan sesuatu
Yang bermakna
Daripada pengalaman
Dan pengajaran
Ketika muncul pengakhiran…


p/s : daripada pengakhiran sesuatu ku kenali sesuatu…..dirimu…

d^_*b aLaN…

Tuesday, December 23, 2008

kau ada untukku.........


Kau ada untukku…..

Cintaku…..
Tiap malam yang menyelubungiku,
Terasa amat bermakna apabila
kau disisiku….

Tiap nafas yang dimilikiku,
Terasa bahagia apabila
Kau ada untukku….

Merasa masa berlalu,
Semakin indah bila bersamamu….
Andai jiwa mu untukku….
Maka jiwa ku untukkmu….
Kini cinta yang sejati menyelimuti kita….
Indahnya cintamu…..
Pabila kau ada untukku….

…d^_”b…aLaN

Sunyinya ku rasa tika ini….
Coretan demi coretan ku ilhamkan..
Mencari-cari punca dan natijahnya
Kesunyiaanku ini…..

Hanya pena yang menari
Dilembaran….
Kuguriskan segalanya
Kuluahkan semuanya….

Puas ku selami hati…
Puas juga ku hayati jiwa…

Semua kesunyian dan kesepian ini,
Hanyalah kerna aku..
Terlalu merinduimu..
Terlalu merindui mu sayang….

maaf yer pelawat semue......

kebelakangan nie aku bz sesangat........aku ader paper exam.....final exam tu...
n aku kena wat tesis yg belum siap2 lg ni......adui pening aku........its ok.afta semua nyer da selesai aku akan secara rela dan gembirannya....melayan semua persoalan dan karenah manja korang okies.........
.....d^_^b...aLaN

Friday, December 5, 2008

"perasaanku tentang perasaanmu"

hai pelawat2 semua........klu ader aper2 pertanyaan, idea, pendapat yang nak diajukan kat D.cinta...boleh la diajukan kat bahagian "comments" bawah ni.....soal hati...soal perasaan...soal cinta...sama2 la kita share......daaaa....
..d*_*b...aLaN

Tuesday, December 2, 2008

...sang RemBuLaN....


Rembulan……..

Mendayunya angin kurasa menyapa halwa tubuhku..
Saat ini diterangi sinar bulan..
Disimbahi gemerlapan sang bintang…

Saat ini…
Pabila malam menyelubungiku..
Fikiran melayang mencarimu…
Terkenang saat indah tika bersamamu..
Semuanya kurasa terisi di minda dan di jiwaku…

Kau telah menyinari segenap jiwaku..
Bagai bulan menyinari malam…
Bagai bintang menghiasai langit…

Ketika unggas mengusik telinga..
Ketika cengkerik berirama..
Tiada lain, tiada beda..
Hatiku hanya milikmu…
Jiwaku juga milikmu….

….d+_+b..aLaN

"hanya demimu..........


Waktu dan saat…

Dan demi waktu, dan demi saat..
Yang akan terus mengalir disisimu…
Begitulah jua kasih dan rinduku…
Akan menemani layaran hidupmu…
Kusisipkan ikhlas dari jiwa…
Kutitiipkan Jujur dari hati..
Luhur dan telus dari benakku…
Akanku terus….
Menyayangimu, mencintaimu, merinduimu..
Wahai kekasih…
Sealpa-alpanya ingatan,
Akan ku teguhkan jua…
Selemah-lemahnya kudrat,
Akan ku bangkitkan jua….
Hanya demimu….
Semuanya hanya kerna sekeping hati
Yang tidak sanggup melihatmu derita…
Ku ingin kau bahagia….
Selamanya bersamaku…

…d*_*b…aLaN

Kasih….

Hebatnya rindu padamu..
Geloranya jiwa kernamu…
Betapa seksanya kurasa…
Hanya kerana…
Dambaanku padamu…..

Demi waktu yang mengalir…
Disampingku…
Demi saat yang terdetik..
Disisiku…
Kutitip dan kusisip
Hanya demimu….

…d^_^b..aLaN

Saturday, November 29, 2008

boys VS gurL

antara sifat2 boy n gurl secara umum.......klu ader ide lg...
share la......daaaaaaaaa...


(boy) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(gurL) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(boy) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(gurL) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(boy) Bersikap pemurah atau boros.
(gurL) Bersifat kedekut atau berjimat.

(boy) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(gurL) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(boy) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(gurL) Fokus kepada sesuatu perkara.

(boy) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(gurL) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(boy) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(gurL) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(boy) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(gurL) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(boy) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(gurL) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(boy) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(gurL) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(boy) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(gurL) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(boy) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(gurL) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(boy) Agak keberatan meminta maaf
(gurL) Lebih mudah meminta maaf

(boy) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(gurL) Risau apabila menghadapi kesukaran

(boy) Suka MEMBUAT keputusan
(gurL) Suka MENGIKUT keputusan

(boy) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(gurL) Suka bersama keluarga

....d*_*b...alan

cara2...seseorang mendekatimu...

this cara2 nyer......

  • si dia membelanja korang makan atau minum…
  • si dia ingin meminjam sesuatu dr korang atau meminta bantuan korang..langkah ini membuatkn si dia berasa dekat dgn korang.
  • si dia mengajak korang menemaninya bersiar-siar & membeli belah yg mana langkah ini akn membuatkn korang menerima si dia..
  • si dia mula bertanya kan tentang keluarga korang & dlm masa yg sama si dia akan bercerita tntang keluarga nya. Topik ini secara tidak langsung akan merapatkan lagi hubungan korang berdua kerana korang berdua sudah saling mengetahui tentang diri masing2.
  • si dia akan sentiasa bertanya khabar tentang korang..dengan ini korang tentunya akan berasa lebih disayangi..
  • si dia akan memberikan korang hadiah istimewa. Ini menandakan si dia ingin melanjutkan hubungan yang lebih dari seorang rakan "biasa"
  • si dia mula melayan korang seperti korang kekasihnya. Setiap kata-katanya juga adalah kata sayang dan cinta..
  • si dia sering menghantar sms bagai pasangan kekasih pada korang......huhuhuhu..
  • sering bermain mata ngan korang......so hati2..
  • jika lelaki..si dia akan bersifat "melindungi" korang
  • jika perempuan....si dia akan meminta perlindungan dari korang.

..d^_^b..alan....

cara2 pelawat na "komen"

1st......klik "comments" kat bawah setiap ayat ni....

2nd....taip komen, pertanyaan, or idea kat ruang taip tu...

3rd.....klik "anonymous" kat situ....

4th.....klik "publish your comments" yg warna oren tu...

and selesai la......komen, or pertanyaan korang akan aku
baca....thankz....

....d*_*b....aLaN

Friday, November 28, 2008

perpindahan.......

1st sekali assalamualaikum...
boys n gurL......
aku na informkan....aku da pindah blog ni...
diz my new blog okies.....
give da "comments" okies.......
ask me an answer okies...all about
heart or all about ur problem in love....
we can share......n think the way to
solve it.......gud luck..

..d^_^b...aLaN

tika ini.....

Insan biasa….

Tika ini…..
Tika penaku sedang menari di atas
Helaian ini entah mengapa kurasakan..
Kehidupan ini amat sukar…
Terlalu banyak perkara yang belum ku
Selesaikan….
Satu persatu ku sisipkan…
Satu persatu ku aturkan…
Ingin aku sudahi segalanya…
Tapi tidak terdaya…
Ini kerana aku hanyalah insan biasa…
Apalah sangat kudratku….
Hanya KAU maha Besar….
ALLAH s.w.t…
..d^_^b..aLaN

tulang rusukmu......

Tulang rusukmu..

Sesungguhnya Allah telah mencipta setiap manusia di bumi ini…
Berpasang-pasangan…
Setiap manusia ada jodohnya…
Ada baik dan ada buruknya…
Hanya terpulanglah pada insan itu
untuk menerima dan membentuk
jodohnya itu…..
karena bukan mudah untuk meluruskan
sesuatu yang bengkok…
karena jodohmu itu
dari tulang rusukmu yang bengkok..
bengkok dari azali lagi….
Seperti adam meluruskan hawa…
Karena hawa itu dari tulang rusuk
Adam……….
..d^_^b..aLaN

complicated GuRLLL....

Gadis,wanita,perempuan…..

Mereka ialah golongan yang rumit…
Sukar diramal…
Sukar dijangka,,,

Mereka ialah golongan yang halus…
Suka dimanja…
Suka dibelai…

Mereka ialah golongan yang tabah…
Sukar mengalah…
Sukar mengadu…

Mereka golongan yang unik..
Suka kejujuran..
Suka keikhlasan..


..d^_+b..alan

bila rinDu......

Bila rindu……..

Aku pun pernah gak rasakan perasaan rindu yang membuak-buak..
Ni madah yang aku karang masa aku ngah rasa rindu sesangat kat seseorang…

Seandainya diri ini
Merasa sunyi dan sepi..
Tiada yang lain mampu
Singgah dihatiku selain
Bayanganmu wahai kekasih..
Ketika jiwa diruntun kerinduan
Tiada apa yang mampu mengubati
Hanya kau wahai kekasih..
Ketika irama dan lagu
Bercanda…
Ketika hati dan jiwa
Berlara…
Hanya dikau dihatiku…..
..d^_^b..aLaN

what u give....u get back...

macam tajuk lagu kan....so baca n renungkan r.....

Apa kau beri…pasti kau terima…

Ini pendapat aku pasal kasih sayang n kejujuran…

Sayang………..
Betapa dikau ku belai,
Agar kau menyayangi…
Betapa dikau ku manja,
Agar kau mengasihiku…
Betapa dikau ku sisipkan kejujuran,
Agar kau setia padaku…
Betapa dikau ku harapkan,
Agar kau jujur padaku…

Tiada apa yang dapat ku beri padamu…
Hanya kasih sayang..dan kejujuran…
..d^_^b..aLaN

cinta di usia muda.....


Juz madah ini yang mampu menyampaikan…..

fikirkan lah maksud yang tersirat dan renungkanlah

maksud yang tersurat itu........
diz pic of me.......



Cinta usia muda……..


Sejenak ku terfikir…..
Sekilas ku terasa…..
Begitu mendalam tersingkapnya
Di benakku…
Janganlah ia hanyutkan diriku…
Janganlah ia rebahkanku…
Karena….
Terlalu banyak yang belum ku gapai…


..d^_^b..aLaN

kala huJan.....

madah ni aku buat masa...hati aku betul2
diruntun kebuntuan dalam mencari jawapan ketika
perasaan dan jiwa benar2 menyentuh ku.....


Kala hujan ………..

Kala hujan menitipi bumi…
Perasaanku didorong
Untuk merinduimu…
Untuk menyayangimu…


Tapi apakan daya…biarlah perasaanku hilang…
Hilang seperti hilangnya..
Hujan yang diserap bumi…
..d^_^b..aLaN

daMbaaNku......

Dambaan…..
Resahnya hati ini
Mengapa aku terlalu
Meinginkanmu….
Mengapa aku terlalu
Mendambakanmu…

Gundahnya hati ini….
Dambaan merantai hatiku..
Dambaan merapuh langkahku..
Dambaan menjengah perasaanku…
Damabaanku padamau….
..d^_^b..aLaN

KeSePiaN....d+_+b...

Sepi…..
Sepinya malam ini…
Tiadanya sang bulan…
Tiadanya Bintang..
Menemani dada langit..
Sepinya rasa…..

Sepi…..
Kemanakah kau sang bulan..
Dimanakah kau wahai bintang…..
Tatkala ku merinduimu…
Tatkala ku memerlukanmu….

Sepinya rasa…
Gundahnya hati…Laranya Jiwa….
..d^_^b..aLaN