Saturday, November 28, 2009

keindahan hidup...keabadian akhirat...



Keindahan hidup…keabadian akhirat…


Sesungguhnya hati ini telah tersentuh…
Sesungguhnya jiwa ini telah terluluh…
Mata ini telah menyaksikan..
Fikiran ini telah menafsirkan,,


Betapa agungnya kekuasaan MU..
Betapa mulianya kedudukan MU..


Telah kusaksikan keazaman dan keinginan
Hamba mu yang kurang akal nya..
Hamba mu yang kurang fikirannya..
Untuk sujud menyembah MU…
Untuk menuntut keredhaan MU…


Telah kusaksikan kekuatan dan kesetiaan
Hamba mu ingin menjadi tetamu MU…
Hamba mu ingin perhatian MU…


Dia hanyalah seorang yang cacat fikiran.
Dia hanyalah seorang yang cacat akal.
Tetapi dia setia menyembah MU..
Tetapi dia setia mentaati MU..
Tidak sekali mengingkari MU..
Tidak sekali menderhakai MU..


Tetapi….


Mengapa kita yang
Sempurna akal..
Sempurna fikiran..
Sempurna fizikal..
Sempurna segalanya..
Sering leka dan alpa
Dalam mentaati MU,,


Sering lupa dan endah
Dalam menyembah MU..


Sering sengaja dan sahaja
Dalam mengingkari MU..


Ya Allah..
Ampuni lah dosaku…
Ya Allah..
Redhai lah daku…
Ya Allah..
Senangilah aku..
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah s.w.t….


..d-_-b..aLaN..


p/s ; madah ini telah tercetus dari nukilan hatiku yang tersentuh dengan menyaksikan kesetiaan seorang yang “sindrom down” dalam mencari keredhaan Allah s.w.t..dan kesungguhannya dalam mentaati Allah….mengapa tidak kita yang sempurna ini mencontohinya…

2 comments:

eira said...

kita mmg leka ngan keindahan duniawi ni,tambah dgn kelebihan diri yg ada,kdg2 susah nak betulkan org yg sombong ngan tuhan sendiri huhu...smoga kta sempat insaf:)

Anonymous said...

yes....
diri kita sering lupa akan kekuasaan allah swt...agree with miss era